Sunday, February 17, 2008

Umrah Fair Selangor


NZ telah membuka sebuah booth semasa Umrah Fair yang berlansung pada 15 hingga 17 Februari 2008 di Shah Alam. Syabas kepada penganjur (MATTA Selangor) yang telah menguruskan Umrah Fair yang pertama ini di Selangor. Tuan Haji Rosli, pengarah kami, telah menyumbang tenaganya selaku ahli jawatankuasa penganjur. Terima kasih kepada semua.

Wednesday, February 13, 2008

QURBAN SEAM REAP KALI KEDUA



Latar Belakang

Qurban Seam Reap Kali Pertama telah diadakan pada Januari 2007 bersamaan dengan Zulhijjah 1428. Penghargaan perlu diberikan kepada sahabat baik kami yang juga merupakan pelanggan kami, Tuan Haji Abdul Latip Adlin. Beliau menghubungi pejabat kami dan memaklumkan bahawa beliau telah mempunyai dana untuk 3 ekor lembu untuk dikurbankan di Seam Reap dan meminta kami menguruskannya. Alhamdulillah, inisiatif ini adalah selaras dengan matlamat kami yang memang berhasrat untuk mewujudkan NZ Amal iaitu satu jabatan dalam syarikat khusus untuk menjalankan kerja-kerja amal. Kami telah berjaya mendapatkan penyertaan untuk membiayai 3 ekor lembu lagi. Pengerusi Syarikat, Haji Mohd Ariff dan Pegawai Umrah, Ustaz Mahmud Ahmad telah ke Seam Reap untuk memerhatikan sendiri perjalanan ibadat kurban ini. Kegembiraan yang terpancar di wajah saudara-saudara muslim kita di sana berikutan sumbangan yang tidak seberapa ini mendorong kami untuk berusaha menjadikan ibadat kurban di Seam Reap ini satu kerja amal tahunan.

Kurban Seam Reap Kali Kedua (KRS2)

Sasaran awal untuk KRS2 ialah 10 ekor lembu. Sasaran ini difikirkan sesuai kerana kami dimaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 1000 orang penduduk muslim di Seam Reap. Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan permintaan ramai, kami menaikkan sasaran kepada 20 ekor lembu. Sasaran ini tidak dinaikkan lagi kerana kami tidak mahu berlaku pembaziran.

Sejadah, Telekung dan buku Iqra’

Kami juga telah bertanya kepada wakil kami di Seam Reap, Ustaz Musa Soleh, sekiranya terdapat barang-barang yang boleh dibekalkan kepada masyarakat Islam di sana. Beliau telah meminta kami membawa sejadah, telekung kanak-kanak dan buku Iqra’. Kami telah menguar-uarkan keperluan ini di laman Alumni UKM Sabah dan Alumni Sekolah Tun Fatimah, selain kepada teman-teman rapat. Sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan.

Harga

1 bahagian kurban RM 200

1 sejadah RM 15

1 pasang telekung kanak-kanak RM 15

1 buku Iqra’ RM 5

1 muqaddam RM 5

Sumbangan

Kurban 20 ekor lembu

Sejadah 50 helai

Telekung kanak-kanak 50 pasang

Buku Iqra’ 50 buah

Muqaddam 50 buah

Kopiah

Penghargaan

Bagi pihak Ustaz Musa Soleh dan masyarakat Islam di Seam Reap, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma kami.


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Salim Ahmad yang berniaga di Pasar Raya Sungai Buloh kerana kerjasama beliau membekalkan barang2.

Sekapur Sireh

Selamat melayari blog kembara saya yang akan paparkan journal kembara NZH dari masa ke semasa. Anda akan mendapati maklumat tentang destinasi-destinasi pelancongan dari perspektif peribadi. Nak tahu di mana tempat membeli-belah murah atau berapa tinggikah Borobudur atau apakah keistimewaan Siem Reap atau berbagai lagi maklumat yang tidak terdapat dalam Lonely Planet, insya Allah blog ini akan paparkan. Posting akan dibuat dalam dwibahasa.