Sunday, April 20, 2008

Mannekin Piss



Salah satu tarikan Brussels ialah patung Mannekin Piss. Bukan sesuatu yang menggemparkan, tapi lebih merupakan kesan "marketing" yang amat berkesan. Patung itu sendiri amat kecil dan terletak di suatu pelusuk Brussels. Susah untuk dicari, tapi pelawat kami menjejaki langkah ribuan pelancong lain dan akhirnya dapat melihat patung ini. Hanya seorang anak kecil sedang kencing ! Ceritanya: seorang budak menyelamatkan Brussels dari kebakaran sebab sempat memadamkan api dengan sistem perairannya yang tersendiri! Siapa percaya?

Brussels, Belgium




Brussels - bandar raya EC yang menakjubkan. Pelawat kami sempat merekodkan betapa prihatinnya orang-orang EC terhadap perjuangan hak assasi manusia, walaupun di Asia. Gambar Aung Sang Suu Kyi tersergam di dinding EC Parliament. "Free Aung Sang Suu Ky", terpampang untuk kelihatan.

Wednesday, March 12, 2008

Borobodur


Terletak berdekatan bandaraya Jogjakarta, Candi Borobodur adalah satu-satunya peninggalan sejarah yang harus dilawati. Tidak setinggi atau sebesar Angkor Wat, tapi ada keistimewaannya tersendiri.

Sunday, March 9, 2008

KL Foundation to Criminalise War: Trip to Phnom Penh



NZ Holidays helped organise a study trip to the Extraordinary Chambers of the Courts of Cambodia (ECCI) in Phnom Penh for a delegation from the Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War last February. Our Chairman was part of the group which included Dato' Dr Yaacob Merican, Dato' Dr Tunku Sofiah , Prof. Salleh Buang and Encik Nizam. We wish to thank the KL Foundation to Criminalse War for engaging us to settle the ground arrangements. As usual , our trusted local guide, Ustaz Musa Solleh of Siem Reap, proved to be very helpful and obliging. For the information of our loyal readers, the ECCC is a Court trying some Khmer Rouge leaders for war crimes in Kampuchea. The proceedings are still ongoing.
The photographs above show members of the delegation with one of the senior Prosecutors and with Mr Sambath Reach of the ECCC's Press Bureau.

Sunday, February 17, 2008

Umrah Fair Selangor


NZ telah membuka sebuah booth semasa Umrah Fair yang berlansung pada 15 hingga 17 Februari 2008 di Shah Alam. Syabas kepada penganjur (MATTA Selangor) yang telah menguruskan Umrah Fair yang pertama ini di Selangor. Tuan Haji Rosli, pengarah kami, telah menyumbang tenaganya selaku ahli jawatankuasa penganjur. Terima kasih kepada semua.

Wednesday, February 13, 2008

QURBAN SEAM REAP KALI KEDUA



Latar Belakang

Qurban Seam Reap Kali Pertama telah diadakan pada Januari 2007 bersamaan dengan Zulhijjah 1428. Penghargaan perlu diberikan kepada sahabat baik kami yang juga merupakan pelanggan kami, Tuan Haji Abdul Latip Adlin. Beliau menghubungi pejabat kami dan memaklumkan bahawa beliau telah mempunyai dana untuk 3 ekor lembu untuk dikurbankan di Seam Reap dan meminta kami menguruskannya. Alhamdulillah, inisiatif ini adalah selaras dengan matlamat kami yang memang berhasrat untuk mewujudkan NZ Amal iaitu satu jabatan dalam syarikat khusus untuk menjalankan kerja-kerja amal. Kami telah berjaya mendapatkan penyertaan untuk membiayai 3 ekor lembu lagi. Pengerusi Syarikat, Haji Mohd Ariff dan Pegawai Umrah, Ustaz Mahmud Ahmad telah ke Seam Reap untuk memerhatikan sendiri perjalanan ibadat kurban ini. Kegembiraan yang terpancar di wajah saudara-saudara muslim kita di sana berikutan sumbangan yang tidak seberapa ini mendorong kami untuk berusaha menjadikan ibadat kurban di Seam Reap ini satu kerja amal tahunan.

Kurban Seam Reap Kali Kedua (KRS2)

Sasaran awal untuk KRS2 ialah 10 ekor lembu. Sasaran ini difikirkan sesuai kerana kami dimaklumkan bahawa terdapat lebih kurang 1000 orang penduduk muslim di Seam Reap. Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan permintaan ramai, kami menaikkan sasaran kepada 20 ekor lembu. Sasaran ini tidak dinaikkan lagi kerana kami tidak mahu berlaku pembaziran.

Sejadah, Telekung dan buku Iqra’

Kami juga telah bertanya kepada wakil kami di Seam Reap, Ustaz Musa Soleh, sekiranya terdapat barang-barang yang boleh dibekalkan kepada masyarakat Islam di sana. Beliau telah meminta kami membawa sejadah, telekung kanak-kanak dan buku Iqra’. Kami telah menguar-uarkan keperluan ini di laman Alumni UKM Sabah dan Alumni Sekolah Tun Fatimah, selain kepada teman-teman rapat. Sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan.

Harga

1 bahagian kurban RM 200

1 sejadah RM 15

1 pasang telekung kanak-kanak RM 15

1 buku Iqra’ RM 5

1 muqaddam RM 5

Sumbangan

Kurban 20 ekor lembu

Sejadah 50 helai

Telekung kanak-kanak 50 pasang

Buku Iqra’ 50 buah

Muqaddam 50 buah

Kopiah

Penghargaan

Bagi pihak Ustaz Musa Soleh dan masyarakat Islam di Seam Reap, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma kami.


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Salim Ahmad yang berniaga di Pasar Raya Sungai Buloh kerana kerjasama beliau membekalkan barang2.

Sekapur Sireh

Selamat melayari blog kembara saya yang akan paparkan journal kembara NZH dari masa ke semasa. Anda akan mendapati maklumat tentang destinasi-destinasi pelancongan dari perspektif peribadi. Nak tahu di mana tempat membeli-belah murah atau berapa tinggikah Borobudur atau apakah keistimewaan Siem Reap atau berbagai lagi maklumat yang tidak terdapat dalam Lonely Planet, insya Allah blog ini akan paparkan. Posting akan dibuat dalam dwibahasa.